BOTAKCUTE HOMESTAY (Homestay Muslim Melaka)

Assalamualaikum semua. 
Setelah lama Kak Yong menyepi, sampai berdebu blog Kak Yong ni ya. Now Kak Yong buat come back semata-mata nak berkongsi dengan ampa semua berkaitan dengan sebuah homestay yang pada Kak Yong sangat BEST dan TERBAIK!
.
Kak Yong yakin, kita semua la ni dah gian yang teramat sangat nak pergi bercuti dengan keluarga tersayangkan. Almaklumlah, Perintah Kawalan Pergerakkan yang sebelum ni memerlukan kita semua duduk terperap di rumah. Sekarang ni, bila dah boleh meretas negeri, berpusu-pusu manusia sekian alam nak pergi bercuti.🥰
.
So Kak Yong nak ambil kesempatan ni untuk buat satu review berkaitan dengan sebuah homestay yang teramat selesa dan amat memuaskan kalau ampa menginap kat sana. Actually, nih homestay yang dikendalikan oleh suami Kak Yong sendiri iaitu abam botak.
.
Entry Kak Yong kali ni, Kak Yong akan cerita detail-detail homestay abam botak Kak Yong nih. So, homestay kami ni diberi nama "BotakCute Homestay". Weh! Kenapa botak? Kenapa cute? Ahahaha😆. Macam-macam nama yang muncul bila mula-mula Kak Yong and abam botak bincang tau. Antaranya :
  • Botak Homestay - Nih Kak Yong cakap dengan abam botak, kalau kita taruk nama ni mesti orang takot nak menginap sebab 'botak' tuh macam orang jahat bunyi dia. Sebab kebanyakkan orang jahat yang berlakon dalam TV mesti botakkan? Pengaruh drama kuat tau Kak Yong ni! ðŸ˜†
  • Homestay Botak Muslim - Yang nih pun Kak Yong kata, eh! Nih macam fake sebab botak acah-acah jadi alim. Kahkahkah!
Fikir punya fikir, punya fikir, last-last Kak Yong and abam botak sepakat nak letak "BOTAKCUTE HOMESTAY". Kenapa Kak Yong and abam botak pilih nama tuh sebabnya :
  • Nama pun abam botak, sudah tentu suami Kak Yong tuh botak. Jadi nak jadikan simbolik kepada tuannya.
  • Cute tuh sebab istri abam botak tuh cute. Eh! tiberrrr! 😆 Tak delah. Kak Yong yang letak nama cute tuh sebab pada Kak Yong gabungan dua perkataan tuh akan buat orang lain mudah nak ingat. Selalu botak sinonim dengan gagster kan. Nih tiba-tiba Botak + Cute. Orang akan mudah ingat.
Begitulah cara kami meletakkan nama BotakCute tuh. Kalau ampa nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan BotakCute Homestay ni, Kak Yong dah sediakan link FB and IG kat bawah ↓↓↓↓↓

IG : botakcutehomestay


Entry Kak Yong seterusnya, Kak Yong akan cerita kemudaha-kemudahan yang disediakan oleh BotakCute Homestay. Stay tuned everyone.